Sunday, October 25, 2009

TA melangkah ke depan.

bismillah..

telah pun dipilih insan-insan yang baru untuk memikul beban dakwah dibahu masing dalam bahtera TA. semangat baru mula berkobar, semoga semangat ini bukan sekedar diawal ini saja. tapi diharapkan hingga ke akhir hayat.
walau nanti tidak lagi di UIAM atau tidak di titian asli, smoga jalan ini tetap ditempuh.

SELAMAT, TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENGURUS-PENGURUS Titian Asli yang baru..

selamat berjuang...sahabat-sahabat yang lain(yang lama dan yang baru) jangan lupa untuk memberikan sokongan dan bantuan serta kerja samanya ya...

Friday, August 14, 2009




Tazkirah: Persediaan Menghadapi Ramadhan

by : ismamesir

http://i143.photobucket.com/albums/r121/asmiedi/kartun018.jpg

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

Persediaan

Cara

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

6 PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN




6 PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN

Jendela Hikmah:Oleh Prof Madya Maznah Daud
RAMADAN yang kita tangisi pemergiannya hampir setahun lalu kini bertandang lagi. Kita yang beriman dan yakin pada janji Allah menanti kehadiran bulan penuh berkat ini dengan pelbagai perasaan.Seronok dan bimbang. Seronok kerana diberi peluang berjumpa dan beramal dengan bulan yang penuh berkat. Bimbang kerana kurang yakin ibadat maksimum akan dapat dilaksanakan. Risau, takut amal tidak membuahkan takwa yang diharapkan.Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan Ramadan bukan lagi satu rahsia. Allah sudah memilih daripada bulan ini satu detik paling bersejarah dalam kehidupan umat sejagat, iaitu detik turunnya kitab suci paling agung. Kitab yang diturunkan khusus untuk memimpin tangan manusia ke jalan yang benar.Ramadan juga mencatat sejarah gemilang kemenangan golongan yang membawa panji kebenaran ke atas golongan mustakbirin yang mempunyai kekuatan material tiga kali ganda dalam Ghazwah Badar al-Kubra.Ketibaan bulan mulia penuh sejarah ini sewajarnya disambut dan diraikan dengan acara gilang-gemilang. Oleh itu, ketibaannya perlu disambut dengan beberapa persediaan yang cukup selain mengikhlaskan pengabdian kepada Pencipta Yang Maha Esa. Ketibaan sekali lagi Ramadan, untuk kita memperbetulkan diri, meningkatkan iman dan mempersiapkan kekuatan serta bekalan. Seperti doa diajarkan Rasulullah SAW kepada kita. Apabila Rasulullah SAW melihat anak bulan Rejab, Baginda membaca bermaksud:
“Ya Allah, rahmatilah kami dengan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami Ramadan.” (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad)
Betapa besar kurniaan Allah kepada kita pada Ramadan, di mana Rasulullah SAW sudah mengajarkan kita berdoa supaya kita dihidupkan hingga sampai Ramadan, supaya bulan itu dimanfaatkan untuk kita menjadi seorang hamba yang patuh kepada-Nya.Bagi pejuang spiritual, peluang mengecapi Ramadan sememangnya ditunggu-tunggu. Apabila tamat Ramadan tahun lepas, kita iringi pemergiannya dengan tangisan penuh ketakwaan dan air mata keinsafan.Bulan itu bukan sekadar nikmat, tetapi penuh ujian serta peluang melipat gandakan amal dakwah mendekatkan kita pada jalan Allah. Persediaan dan perancangan perlu dilakukan untuk memaksimumkan segala peluang pada Ramadan ini.Kita maklum, sebarang amal kebajikan yang dilakukan akan diberi balasan berganda. Martabat pahalanya lebih tinggi jika ia dilakukan pada Ramadan. Sunat diberikan pahala wajib, yang wajib digandakan dengan gandaan berdasar keredaan kurniaan Allah.Ketika Ramadan menjelang, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Wahai manusia, menjelang tiba bulan agung lagi berkat. Bulan yang di dalamnya ada satu malam lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan fardu, seolah-olah dia sudah mendapat 70 pahala fardu pada bulan lain. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardu pada bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar iaitu bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari neraka.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)
Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadan ialah :
1- Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.
2- Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.
3- Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.
4- Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran.
5- Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat.
6- Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadan.

Tuesday, May 26, 2009

TACT intermediate training 09

TACT Intermediate training

“Emak bapak kita yang bagi kita duit, tapi kita buat untuk apa?????? Adik adik sekalian, masih banyak saudara saudara kita yang hidupnya masih jauh menderita dibanding kan kita…., coba bayangkan kalau adik kecil yang berumur lima tahun ini adalah adik kita…, alangkah sengsaranya dia, anak sekecil dia harus menanggung beban hidup yang begitu beratnya…, bayangkan adik adik sekalian, untuk sesuap nasi dia harus mengemis sepanjang hari, tak ada ibu yang menyuapkan, tak ada ayah yang boleh dipeluk, sementara kita???? Kita selalu membuang nasi adik adik.., kita selalu membeli sesuatu yang sebenarnya tidak kita perlukan.., kita selalu lupa bersyukur atas apa yang Allah anugrahkan, kita patut malu adik adik…….”.

Ceramah abg Long (fasi) siang itu terasa sangat berapi-api.., paras wajahnya yang putih tak lagi mampu menyembunyikan warna kemerahan yang memeta jelas, menyiratkan betapa memilukannya pemandangan anak bangsa dewasa ini…, sedih, pilu, bingung, marah, bercampur menjadi satu, tak tahu entah kepada siapa perkara ini akan dibawa…, ntah kepada siapa hendak mengadu,ntah lah…., mungkin sang angin siang bersedia mengantarkan pesan itu kepada sekelompok anak muda yang duduk rapi di hadapan abg Long tengah hari itu…

” lihat adik adik sekalian, betapa semangatnya adik kecil ini menulis walau di atas batu bata merah, tak ada buku tulis adik adik.., tak ada pen berwarna.., tak ada pemadam, tak ada cikgu yang menemankan, yang ada hanya semangat adik adik, cuma semangatlah yang menemankannya, sementara kita adik adik…???”

Tanya abg Long lagi dengan wajah yang masih merah, suaranya yang naik meninggi menggetarkan kalbu-kalbu yang mendengar, namun sekelompok anak muda berbaju hijau di depannya itu tampak memilih diam mematung tak berkedip masih menatap lekat video yang ditayangkan, sebagian mereka tertunduk, namun ada beberapa orang pelajar perempuan sudah tampak tak kuasa menahan tangis yang mulai pecah….titisan demi titisan bola kristal yang bening itu mulai membelai kelopak mata mereka, lalu perlahan turun kewajah. mungkin ada sesal di sana, sesal yang semoga berwujud laksana, ya semoga!

“Sementara kita adik adik…!!!kita masih malas adik adik, kita masih saja sering ponteng kelas tanpa sebarang alasan yang munasabah, kita patut malu adik adik sekalian...., kita patut malu pada adik kecil ini, alangkah berdosanya kita adik adik, sebetulnya, adik kecil ini jauh lebih berhak untuk belajar dibandingkan kita yang sering malas ini adik adik…!!!” tambah abg Long lagi.


Suasana siang itu terasa semakin haru..., video demi video silih berganti ditayangkan oleh abg Long, sang konsultan muda yang sangat inspiratif dan penuh dengan semangat perubahan, tak terasa jarum jam pun telah mengisyaratkan petang hari, dengan sedikit berat hati abg Long pun terpaksa mengakhiri sesi motivasinya, meski di depannya anak muda yang berseragam hijau itu masih tampak enggan untuk sekedar beredar dari posisi masing- masing, namun kesuntukan masa memaksa mereka untuk bergerak, bergerak kepada aktiviti selanjutnya,

فإذا فرغت فا نصب
Apabila kamu telah selesai melaksanakan sesuatu pekerjaan, maka pindahlah ke pekerjaan yang lain( QS: Asyarhu 7).

Sesi petang itu ditutup dengan penyerahan sedikit honorarium dan sijil dari Titian Asli kelab kepada abg Long yang juga menjawat jawatan sebagai founder TIP consultant.



Info n’ editing bureau -09.