Sunday, July 13, 2008

Tautan Perjuangan

“Melalui Iftar Jama’ie Kita Jalin Ukhuwwah TACT”

“Walad..dhooollliiin….”
“Aaamiennnnnnnn………….!”

Di petang yang cerah itu, dengungan suara sekelompok anak cucu adam terdengar membahana memenuhi seluruh sendi kelas EDU yang terletak di hujung kampus biru IIUM, solat maghrib jamaah yang diimami oleh akhi Ridho kali ini tampak khusyu’ dan tenang, lantunan gema wahyu ilahi pun mengalir indah mendayu-dayu dari bibirnya yang bergetar pelan, potongan demi potongan ayat Al-Baqarah itu terdengar rancak dan lirih, namun demikian, bacaannya yang perlahan tetap menimbulkan geletar para makmum untuk sekadar mengakui bahawa mereka juga insane yang selalu berlumur dosa, bahawa mereka adalah makhluk yang dhoif yang naïf, tak syak lagi hanya cucuran karuniaNya lah yang membuat mereka mampu mengecap kesempatan indah ini, dengan menghambakan diri melalui solat fardu dan sunnah yang kerap kita lakukan saban hari. Tapi sungguh ini semua belumlah cukup….,namun bagaimanapun ya Allah, izinkanlah kami menjadikan hamba yang selalu mendirikan tiang din Mu ini, amiiinn..!

“Allahumma j’alnaa muqlima as-sholati…”


Setelah tahiyyat akhir yang diakhiri dengan salam, tampak salah seorang pemuda maju mengambil tempat di depan, pemuda berbaju kemeja lengan pendek berwarna putih yang dilapisi jaket hitam membalut badannya yang tidak terlalu besar,”Yusuf”, begitulah Sdr. Abdul Qadir sang President TACT acap menyapanya. Janggutnya yang tipis tersusun rapi di dagunya yang munggil.

“……saudaraku, ketahuilah bahawa kita adalah orang-orang pilihan Allah, kitalah orang yang telah Allah pilih untuk hadir di sini, kita jugalah orang yang telah Allah beri ladang jihad melalui project TACT ini, maka sangat sayang jika kita masih mensia-siakan amanat ini, kerana tidak ada kesulitan bagi Allah sekadar mencarikan pengganti yang jauh lebih baikdari kita, namun apakah kita tidak rindu untuk menjadikan diri kita orang-orang terbaik itu???, saudaraku, ketahuilah bahawa hanya dengan memenuhi seruanNya lah hidup kita ini menjadi lebih hidup, iaitu untuk kehidupan yang lebih abadi……”

Begitulah kira-kira petikan tazkirah pendek yang disampaikan oleh akhi Yusuf yang juga merupakan salah seorang anggota biro Dakwah TACT yang telah dilantik sebulan yang lalu. Setelah tazkirah pendek yang cukup memecut kesedaran setiap ahli tersebut, mereka pun bersiap-siap untuk melakukan solat fardu isya’ berjemaah ditempat yang sama, terlihat beberapa akhwat sedang membersihkan lantai kelas tersebut agar tampak selesa, kerana tempat itu juga digunakan untuk iftar jama’ie para ahli di awal acara tadi, sehingga terdapat beberapa sisa makanan yang masih bertaburan di tikar tersebut. Dan solat kali sini diimami oleh seorang ahli TACT yang berbaju melayu hijau dengan alunan bacaannya yang sungguh indah dan tertib dan andai bacaan itu didengari di corong-corong masjid, pasti sesiapa pun teruja untuk mengetahui siapakah insan yang bernama akhi Rahman ini.
Setelah selesai melaksanakan solat isya’, acara pun kembali dikendalikan oleh sang MC Bro.Ammat Hidayat, tanpa rasa sejam pun seolah bergerak cepat mengejar malam yang kian larut. Rentetan demi rentetan acara pun dapat dikendalikan dengan lancar oleh MC, mulai dari sessi ta’aruf antara ahli TA dengan main board, dilanjutkan dengan sepatah dua kata dari sang President sampai ke diskusi program jangka pendek yang harus dibincangkanoleh setiap biro yang bersangkutan. Tepat jam 11 malam, akhirnya sampailah ke penghujung agenda iaitu sesi penutup. Setelah membaca do’a kafaratul majlis yang dipimpin oleh Chair person, setiap ahli pun diharuskan melakukan ‘salam semut’ untuk menguatkan tali sillaturrahim sesame ahli. Rasa haru pun mula merangkul erat, itulah para pemuda-pemudi yang tergabung dalam satu wadah yang bernama TACT, para pemuda-pemudi yang sedar betapa hidup di dunia ini hanyalah satu titian menuju ke kehidupan yang sesungguhnya, rakan muda yang sedar, bahwa hidup dikampus ini hanyalah satu episode kecil dari kehidupan yang lebih besar, iaitu hidup di tengah masyarakat plural yang penuh dengan beragam macam typical dan karakter manusia.



“Ya Allah, jadikanlah perkumpulan kami ini perkumpulan yang dirahmati, dan jadikanlah setelahnya sebuah perpisahan yang terjaga…,amiiinnn..!!”




BUREAU INFO & EDITING
12/7/08

Thursday, July 10, 2008

Pesanan Imam Al-Ghazali...

Sesungguhnya badan anak adam diibaratkan sebagai jala utk mengusahakan amalan-amalan yang baik.Apabila dia berjaya dalam tugasnya didunianya ini, dan kemudiannya dia mati, maka sudah mencukupi bagi dirinya, tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yg dipisahkan oleh kematian. Kematian akan melenyapkan keinginan kepada dunia, apa yang diinginkan adalah amal soleh utk menjadi bekalan dikuburnya.Jika bekalan berada sampingnya, terasalah kekayaannya. Sebaliknya, jika ia tidak mempunyainya, malang baginya dan dia akan meminta untuk kembali di dunia utk mendapatkan balik bekalannya.

Jadi bagi kita yg masih berada didunia ini,perbanyakkanlah amal kita terutamanya kepada sang Pencipta yang telah menjadikan kita cukup sempurna. Oleh itu, sentiasalah melahirkan rasa kesyukuran kita kepadaNya.

Ingatlah bahawa amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih bermakna daripada amalan yg banyak tetapi tidak membawa erti keinsafan.

Wassalam..

PEDOMAN BERORGANISASI

Manusia hidup di dunia secara berorganisasi.Organisasi dianggap sebagai wadah untuk kesempurnaan dakwah.Organisasi bukannya matlamat kehidupan, kerana manusia tidak kekal dan organisasi akan ditinggalkan selepas manusia dikembalikan kepada pencipta.

Tradisi berorganisasi dalam Islam mengambil pertimbangan muafakat supaya organisasi pada terbina secara tersusun dan terancang. Selaras dalam firman Allah

“Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang yang bekerja [berjuang] dijalan-NYA dalam barisan yang tertib bagaikan bangunan yang tersusun rapi.”

Peringatan Allah ini dianggap sebagai pedoman dalam berorganisasi dengan wujudnya pertimbangan akal, tenaga dan perancangan yang menjadi gerak kerja dalam organisasi. Juga diingatkan bahawa objektif, matlamat sesebuah organisasi itu perlulah dipandu selaras dengan Al-Quran. Dengan itu,organisasi bukan saja membawa kebaikan kepada ahli dan organisasi, malah matlamatnya menyumbang kearah kekuatan bangsa dan umat.


Pengurusan dlm sesebuah organisasi pula harus dilihat sebagai pertama, amanah dari segi perhubungan manusia dgn Allah dan seterusnya membawa pada hubungan manusia sesama manusia. Jika hubungan manusia dgn Allah mantap, hubungan sesama manusia juga akn mantap sebaliknya,jika hubungan manusia longgar ,struktur dan susunan organisasi juga akn longgar.


Marilah sama-sama kita renungkan apakah tujuan sebenar kita dalam berorganisasi ini. Adakah sekadar untuk mengisi masa yang terluang ataupun sebagai satu amanah yang dipertanggungjawabkan keatas kita.

Wassalam.