Manusia hidup di dunia secara berorganisasi.Organisasi dianggap sebagai wadah untuk kesempurnaan dakwah.Organisasi bukannya matlamat kehidupan, kerana manusia tidak kekal dan organisasi akan ditinggalkan selepas manusia dikembalikan kepada pencipta.
Tradisi berorganisasi dalam Islam mengambil pertimbangan muafakat supaya organisasi pada terbina secara tersusun dan terancang. Selaras dalam firman Allah
“Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang yang bekerja [berjuang] dijalan-NYA dalam barisan yang tertib bagaikan bangunan yang tersusun rapi.”
Peringatan Allah ini dianggap sebagai pedoman dalam berorganisasi dengan wujudnya pertimbangan akal, tenaga dan perancangan yang menjadi gerak kerja dalam organisasi. Juga diingatkan bahawa objektif, matlamat sesebuah organisasi itu perlulah dipandu selaras dengan Al-Quran. Dengan itu,organisasi bukan saja membawa kebaikan kepada ahli dan organisasi, malah matlamatnya menyumbang kearah kekuatan bangsa dan umat.
Pengurusan dlm sesebuah organisasi pula harus dilihat sebagai pertama, amanah dari segi perhubungan manusia dgn Allah dan seterusnya membawa pada hubungan manusia sesama manusia. Jika hubungan manusia dgn Allah mantap, hubungan sesama manusia juga akn mantap sebaliknya,jika hubungan manusia longgar ,struktur dan susunan organisasi juga akn longgar.
Marilah sama-sama kita renungkan apakah tujuan sebenar kita dalam berorganisasi ini. Adakah sekadar untuk mengisi masa yang terluang ataupun sebagai satu amanah yang dipertanggungjawabkan keatas kita.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment