Thursday, July 10, 2008

Pesanan Imam Al-Ghazali...

Sesungguhnya badan anak adam diibaratkan sebagai jala utk mengusahakan amalan-amalan yang baik.Apabila dia berjaya dalam tugasnya didunianya ini, dan kemudiannya dia mati, maka sudah mencukupi bagi dirinya, tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yg dipisahkan oleh kematian. Kematian akan melenyapkan keinginan kepada dunia, apa yang diinginkan adalah amal soleh utk menjadi bekalan dikuburnya.Jika bekalan berada sampingnya, terasalah kekayaannya. Sebaliknya, jika ia tidak mempunyainya, malang baginya dan dia akan meminta untuk kembali di dunia utk mendapatkan balik bekalannya.

Jadi bagi kita yg masih berada didunia ini,perbanyakkanlah amal kita terutamanya kepada sang Pencipta yang telah menjadikan kita cukup sempurna. Oleh itu, sentiasalah melahirkan rasa kesyukuran kita kepadaNya.

Ingatlah bahawa amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih bermakna daripada amalan yg banyak tetapi tidak membawa erti keinsafan.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment